- This event has passed.
Festival Permainan Malaysia 2025
FESTIVAL PERMAINAN MALAYSIA 2025 KEMBALI LAGI!
Jom bersama-sama kami pada
Tarikh: 25 – 28 September 2025
Tempat: Dataran Putrajaya
Rindu suasana kampung dan permainan zaman dahulu? Inilah peluang anda untuk mengimbau kenangan sambil memperkenalkan warisan budaya kepada anak-anak dan rakan-rakan!
FPM 2025 kembali dengan lebih banyak aktiviti menarik untuk seisi keluarga:
– Permainan tradisional seperti batu seremban, galah panjang, tarik tali, tuju tin dan sepak raga ratus
– Aktiviti istimewa seperti menyumpit, memanah tradisional & kejohanan silat
– Larian berhalangan, diabolo, tarian singa & banyak lagi
– Festival Makanan Antarabangsa, pameran & jualan produk tempatan
– Persembahan pentas, dikir barat, gasing pangkah dan pelbagai demonstrasi seni rakyat
Masuk adalah PERCUMA!
Bawa seisi keluarga, nikmati pengalaman penuh warna-warni budaya Malaysia yang unik dan menyeronokkan!


