Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Malam Jahanam (Teater)

January 8 @ 8:30 pm - January 9 @ 4:30 pm SMT
RM20

Di sebuah kampung nelayan, rahsia silam, pengkhianatan dan dendam antara Mat Kontan, Faizah dan Sulaiman mencetuskan tragedi. Malam yang gelap itu membuka kebenaran yang mengubah hidup mereka selamanya.

————————–

Sinopsis

Malam Jahanam mengisahkan kehidupan sebuah keluarga nelayan yang mula runtuh akibat pengkhianatan, rahsia silam dan cemburu antara Mat Kontan, isterinya Faizah, dan sahabat lama mereka, Sulaiman. Ketika anak kecil mereka sedang sakit, Mat Kontan lebih sibuk dengan burung tiongnya, manakala hubungan sulit Faizah dan Sulaiman semakin membara. Ketegangan memuncak apabila burung tiong itu ditemui mati, membawa kepada tuduhan, ketakutan dan pendedahan hubungan terlarang mereka.
Dalam satu malam yang gelap, kebenaran tentang siapa sebenarnya pembunuh burung itu serta identiti anak kecil terbongkar, lalu mencetuskan pertentangan hebat antara ketiga-tiga mereka. Malam Jahanam menjadi saksi bagaimana dendam, ego dan cinta terlarang membawa kepada tragedi yang tidak mampu dielakkan.

……………

Pengarah – Ameenol Suhri

Sinografi – Mairahrauqah

Pelakon :

Aniq Syahmi sebagai Mat Kontan

Manja Arshi sebagai Faizah

Details

Venue