Loading Events

« All Events

TODAK◉GUNDIK

September 3 @ 8:30 pm - September 6 @ 5:00 pm SMT
RM50 – RM128

TODAK◉GUNDIK, merupakan sebuah karya teater kontemporari memukau yang diadaptasi daripada mitos legenda dalam Sejarah Melayu. Ia telah diolah semula oleh Kee Thuan Chye. Dengan menggabungkan unsur sejarah dan mitos—termasuk legenda serangan ikan todak, kecemburuan, obsesi dan peperangan—pementasan ini mengangkat sebuah kisah epik tentang kuasa, keinginan dan takdir.

Produksi ini menampilkan jenis-jenis teater yang kaya dengan gabungan seni boneka, topeng, animasi, live muzik dan mengambil inspirasi daripada pelbagai elemen budaya tradisional Asia, termasuk lagu rakyat ikonik Ulek Mayang. Kesemua elemen ini bergabung untuk mencipta pengalaman teater yang imaginatif, memukau dari segi visual dan menyentuh emosi, sekali gus menghidupkan semula legenda abadi ini untuk penonton masa kini.

———————————–

TODAK◉GUNDIK, adapted from the legendary myths of the Malay Annals (Sejarah Melayu), is reimagined by Kee Thuan Chye into a compelling contemporary theatrical work. Blending historical and mythical elements—including the legendary swordfish attack, jealousy, obsession, and war—the play unfolds as an epic tale of power, desire, and destiny.

The production employs a rich theatrical vocabulary, combining puppetry, masks, animation, and live music, while drawing inspiration from diverse Asian traditional cultural elements, including the iconic folk song Ulek Mayang. Together, these elements create an imaginative, visually striking, and emotionally powerful theatrical experience that brings this timeless legend vividly to life for contemporary audiences.

Details

Venue