Loading Events

« All Events

Bangsawan Beting Beras Basah: Hikayat Dewa Mahkota, 2026

October 30 @ 8:20 pm - November 1 @ 10:20 pm SMT
RM49.50 – RM265

Sabermula di awang-awangan menjadi lagenda. Bernegara istana di zaman nya dewa, kayangan Kerajaan Indera Dewata Purbaraya diberi nama. Kini Sampailah Masanya Kerajaan Indera Dewata Purbaraya Melebarkan Kekuasaan Takluknya di Alam Nyata. Seyogia, diperintah kepada Panglima-Panglima menentu telek Negeri taklukan. Busur Indera Sakti bersalut Perak dipanah jatuh ke sebuah negeri, tanah bertuah dan berdaulat lalu dinamakan Negeri Perak. Telah dimaktubkan akan ada seorang waris Raja yang akan ditabalkan sebagai Sultan memerintah, menjaga keharmonian negeri. Hatta, pelayaran bahtera menuju negeri Perak, tersangkut di sebuah muara yang pasir nya menyerupai beras dan kelihatan basah lalu dinamakan Beting Beras basah. Untuk memastikan kemakmuran negeri, tanah telah dijaga disetiap 4 penjuru oleh Kerajaan Indera Dewata Purbaraya. Hasil buminya tidak akan pernah kering walau surutnya air sungai mengalir. Siapakah figura di sebalik hikayat di Beting Beras Basah peristiwa bermula, penyaksian perjanjian dimeterai.

Details

Venue