Betisnya Bunting Padi

Sokati Production mempersembahkan pementasan teater Betisnya Bunting Padi karya Sasterawan Negara Datuk Dr. Usman Awang. Pementasan ini merupakan Projek Tahun Akhir pelajar Jabatan Drama, Fakulti Seni Kreatif, Universiti Malaya.
Sebuah cerita mengenai sepasang suami isteri, Kamal dan Aziah yang menghadapi masalah kecil namun masih memberikan kesan terhadap hubungan rumah tangga mereka. Kamal merupakan seorang pelukis manakala isterinya, Aziah merupakan seorang pelakon drama radio. Konflik antara mereka mula tercetus apabila Kamal membuat keputusan untuk melukis potret “Betis” kepunyaan model barunya. Perlahan-lahan, kekeliruan dan perasaan cemburu mula bercambah di antara mereka berdua di manania mewujudkan suasana yang dramatik namun masih menghiburkan…
Tarikh: 7hb Julai 2026 (Selasa)
Masa: 8.30 malam
Tempat: Panggung Eksperimen, Universiti Malaya (UM)
Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Gayu (011-2612-2105) atau Deborah (011-2898-9614). Kunjungi kami di Instagram: @sokatiproduction


