
Malam Kemala Irama 7.0: Mengenang Pak Ngah

Malam Kemala Irama 7.0: Mengenang Pak Ngah ialah sebuah malam apresiasi istimewa anjuran Pusat Seni Pentas Tradisional (PuTRA), Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA). Sebagai Signature Event tahunan ASWARA, edisi kali ini menyatukan melodi, kenangan, dan warisan seni dalam penghormatan penuh makna kepada maestro irama tradisional tanah air, Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah).
Pementasan ini akan membawa penonton menyusuri denai masa, menghayati semula keindahan karya-karya agung yang mencorakkan landskap Irama Malaysia.
🎶 Konsep & Tarikan Utama Persembahan
Pesona Akordion & Evolusi Irama: Memfokuskan kepada instrumen akordion yang menjadi nadi dan “tandatangan” muzik Pak Ngah, digabungkan dengan susunan rentak asli (Zapin, Ghazal, Joget, Samrah) bersama gubahan kontemporari bertali (orchestral strings).
Tribute Lagu Pop Tradisional: Dengarkan semula untaian lagu hits ciptaan beliau seperti Cindai, Balqis, Hati Kama, dan Nirmala yang digubah secara segar menerusi instrumen kreatif dan vokal berkumpulan.
Platform Bakat ASWARA: Mengetengahkan kemahiran cemerlang para pelajar, graduan, dan alumni ASWARA di bawah satu bumbung.
Penceritaan & Teatrikal: Diselitkan dengan monolog dan sketsa ringkas yang menceritakan liku dan kesungguhan Pak Ngah dalam meletakkan irama tradisional ke pentas arus perdana.


