Loading Events

« All Events

Peringkat Akhir Pertandingan Tari Nasional ASWARA (PETARA) : Gubahan Tari Tradisi

November 22 @ 8:30 pm - 10:30 pm SMT
RM15 – RM35

Peringkat Akhir Pertandingan Tari Nasional ASWARA (PETARA) merupakan sebuah pertandingan tari bertemakan “Gubahan Tari Tradisi” yang memberi penekanan kepada penghasilan karya tari baharu berasaskan bahasa pergerakan, struktur komposisi, muzik dan estetika tari tradisi Malaysia. Dalam konteks PETARA, gubahan tari tradisi merujuk kepada proses pengolahan, pengembangan atau penyusunan semula tari tradisi tanpa menghilangkan identiti asas tradisi tersebut. Peserta digalakkan untuk melihat tari tradisi sebagai sebuah sistem pergerakan dan struktur koreografi yang boleh dijadikan asas untuk menghasilkan karya baharu. Pertandingan ini terbuka kepada kategori Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/IPTS), dan kategori Terbuka. Pertandingan ini diharapkan dapat menjadi platform pengembangan karya tari berasaskan tradisi serta menyumbang kepada perkembangan dan kesinambungan seni tari tradisi Malaysia.

Details

Venue