Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Santai Seni @ TAR

July 27, 2025 @ 10:00 am - 7:00 pm SMT

PENGISIAN ACARA: SANTAI SENI @ TAR – Siri 1/2025

Tarikh: Ahad, 27 Julai 2025
Masa: 10.00 pagi – 7.00 petang
Lokasi: Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur
(Bermula dari Jalan Bonus 6 hingga Jalan Melayu)

Santai Seni @ TAR mengetengahkan pelbagai aktiviti seni, muzik dan budaya dalam suasana santai, mesra keluarga dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat. Program ini membawakan gabungan persembahan muzik jalanan, seni visual, permainan tradisional serta aktiviti kanak-kanak yang menghiburkan.

Senarai Pengisian Utama:

1. Buskers Muzik – Persembahan oleh pemuzik jalanan di 3 zon berbeza.

2. Pelukis & Kartunis – Demonstrasi dan pameran langsung karya kartun dan seni lukis.

3. Maskot & Badut – Watak-watak ceria yang berinteraksi bersama pengunjung.

4. Pertandingan Dam Haji – Permainan tradisional rakyat terbuka kepada semua.

5. Kelas Ukulele Percuma – Sesi pembelajaran asas ukulele (2 sesi).

6. Laman Lukisan Kanak-Kanak – Ruang kreativiti khas untuk kanak-kanak

7. Pertandingan Gasing & Gogo Dino – Aktiviti permainan dan penampilan maskot popular.

8. Hos Acara: Mie Raja Lawak – Menghidupkan suasana dengan pengacaraan santai dan interaktif.

Jadual Acara:

Masa Aktiviti Lokasi/Zon

– 10.00 pagi – 12.00 tgh Persembahan Buskers (Sesi 1) Zon 1, 2, 3

– 10.30 pagi – 1.00 tgh Pelukis & Kartunis Live Sketching Zon 2

– 11.00 pagi – 12.00 tgh Kelas Ukulele Percuma (Sesi 1) Zon Workshop

– 11.00 pagi – 1.00 tgh Pertandingan Dam Haji Zon Santai

– 12.00 tgh – 2.00 ptg Laman Lukisan Kanak-Kanak Zon Keluarga

– 1.00 – 2.00 ptg Rehat & Muzik Santai Zon 1

– 2.00 – 3.30 ptg Persembahan Buskers (Sesi Petang) Zon 3

– 2.00 – 4.00 ptg Pertandingan Gasing & Gogo Dino Appearance Zon Tradisi

– 3.00 – 4.00 ptg Kelas Ukulele Percuma (Sesi 2) Zon Workshop

– 4.00 – 6.00 ptg Sesi Interaksi Pelukis/Kartunis + Live Portrait Zon 2

– 5.00 – 6.00 ptg Persembahan Akhir Buskers Zon Utama

– 6.00 – 6.30 ptg Aktiviti Penutup bersama Maskot & Mie Raja Lawak Pentas Utama

– 6.30 – 7.00 ptg Penutup Acara Pentas Utama

Details

Venue