The Maids (Theatre)

Dalam skrip ini, membongkar bagaimana manusia membina dan menghancurkan identiti mereka apabila berhadapan dengan kuasa yang menekan. The Maids bukan sekadar kisah pembantu rumah, tetapi satu kajian psikologi tentang fantasi, penindasan, dan keinginan untuk melarikan diri daripada realiti sosial.
——————————–
Sinopsis
The Maids mengisahkan dua orang adik-beradik, Claire dan Solange yang bekerja sebagai pembantu rumah kepada seorang wanita bangsawan yang dikenali sebagai Madame. Ketika Madame tiada di rumah, mereka sering melakukan permainan ritual pelik yang menggambarkan hubungan mereka dengan majikan di mana Claire akan berpura-pura menjadi Madame manakala Solange menjadi adiknya sendiri.
Melalui permainan ini, mereka melepaskan kebencian dan keinginan tersembunyi terhadap Madame. Namun, permainan itu juga perlahan-lahan menjadi semakin liar, ganas dan berbahaya. Perkara ini bukan lagi sekadar lakonan, tetapi cerminan terhadap identiti, dendam terpendam, dan kekeliruan jiwa yang semakin parah. Dalam ketegangan yang semakin meningkat, sempadan antara fantasi dan realiti mula kabur menjerumuskan mereka ke dalam dunia yang penuh konflik dalaman, kehendak untuk membunuh, dan ketidakwarasan.
…………..
Pengarah – Kairina Eddie
Sinografi – Fainatul Iklilsha
Pelakon :
Sara Sophia sebagai Claire
Marissayusoff sebagai Solange


